Ada Soalan?
WhatsApp kami untuk respon paling pantas, atau isi borang di bawah.
Hantar Mesej
FAQ
Ada delivery tak?
Ya! Untuk makanan, sila order melalui FoodPanda. Untuk produk pakej (Daging Senandung, Kek Pisang), kami pos ke seluruh Malaysia.
Boleh buat tempahan untuk majlis / catering?
Boleh! Sila WhatsApp kami untuk perbincangan tentang tempahan besar atau catering. Kami boleh sediakan nasi lemak untuk kenduri, mesyuarat dan acara korporat.
Kenapa nasi lemak korang warna kuning?
Warna kuning keemasan nasi lemak kami melambangkan warisan dan kemegahan kesultanan Melayu. Ia bukan nasi kunyit — ia adalah nasi lemak istimewa dengan identiti unik kami.
Makanan halal kan?
Ya, semua hidangan kami adalah halal. Kami menggunakan bahan-bahan halal dan menjaga kebersihan dapur mengikut piawaian.
Apa beza setiap nama menu?
Setiap nama menu dinamakan sempena gelaran dalam kesultanan Melayu. Dirajo (Raja) adalah signature dengan ayam goreng kunyit, Laksamana dengan rendang ayam, Bendahara dengan ayam goreng, dan seterusnya. Lihat halaman Tentang Kami untuk maklumat penuh.