Kisah Dirajo
Dari Dapur, Untuk Raja
Restoran Nasi Lemak Dirajo bermula daripada satu cita rasa yang menyajikan pengalaman bukan sahaja dari segi rasa, tetapi pengalaman dan kualiti ketika menikmati santapan di singgahsana kami.
Nasi lemak kuning kami bukanlah nasi kunyit. Warna kuning keemasannya melambangkan warisan kesultanan Melayu — satu tradisi dan kemegahan yang kami bawa ke dalam setiap hidangan.
Setiap menu kami dinamakan sempena gelaran dalam hierarki kesultanan Melayu — dari Penghulu untuk hidangan asas, hingga Dirajo untuk hidangan paling istimewa kami. Ini bukan sekadar nama — ia adalah janji kualiti.
Makna Disebalik Nama
Setiap nama menu kami membawa makna gelaran dalam Kesultanan Melayu.
Dirajo
Sultan / Raja — Yang tertinggi
Signature: Ayam Goreng Kunyit
Laksamana
Panglima Laut — Penjaga lautan
Rendang Ayam
Bendahara
Perdana Menteri — Tangan kanan raja
Ayam Goreng
Temenggung
Ketua Keamanan — Penjaga ketertiban
Daging Senandung
Bentara
Pengawal Istana — Pembawa titah
Ayam Masak Merah
Syahbandar
Kepala Pelabuhan — Pengurus perdagangan
Sambal Paru
Penghulu
Ketua Kampung — Asas kekuatan
Nasi Lemak Biasa
Janji Kami
Segar Setiap Hari
Semua hidangan dimasak segar setiap hari — tiada makanan basi, tiada pemanasan semula.
Halal & Bersih
Kami mengutamakan kebersihan dan status halal dalam setiap aspek penyediaan makanan.
Masak Dengan Hati
Setiap hidangan dimasak dengan penuh kasih sayang — sama seperti masakan ibu di rumah.